Content feed Comments Feed

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Disebabkan ramai pembaca dan juga rakan forum yang bertanya tentang mendapatkan debit card ataupun VCC, jadi di sini saya rumuskan sedikit panduan dan perkongsian saya hasil dari pengalaman sendiri dan juga pengamatan komen rakan - rakan di forum yang saya sertai. Baiklah kita mulakan dengan debit card.

Apa itu debit card?


Debit card adalah satu cara alternatif untuk mendapatkan credit card, cuma yang membezakan antara debit card dan credit card adalah cara penggunaannya. Manakala cara ianya berfungsi adalah sama.
Untuk menggunakan debit card anda perlulah pergi mendaftar di bank-bank yang memberikan servis debit card. perlu diingat debit card yang saya maksudkan ini adalah berbeza sedikit dengan debit-debit card ATM yang ada sekarang ini. Ini kerana debit card/ATM yang ada sekarang ini masih lagi terbatas untuk penggunaan pembelian secara online. Ianya lebih kepada penggunaan domestik seperti di pasaraya, fastfood dan sebagainya.


-Bank apakah yang memberikan servis debit card dan boleh digunakan untuk pembelian/pengaktifan secara online?
-Berapa lamakah masa yang diambil oleh pihak bank tersebut untuk memproses debit card tersebut?


1.Public Bank debit mastercard (2-3 minggu)
2.Alrajhi Bank debit VISA (1 jam)
3.EON bank debit mastercard (1 jam)
4.RHB visa debit tesco (selepas 24 jam dah boleh digunakan utk pembelian online)
4.Maybank VISA (masih tidak boleh digunakan untuk pembelian online)
5.CIMB debit card (masih tidak boleh digunakan untuk pembelian online)

link panduan;
panduan cara mendapatkan debit card
bolehkah saya verify paypal dengan menggunakan debit card?
bagaimanakah caranya untuk saya mengaktifkan akaun Seller Ebay saya?
apa itu VCC?

0 comments

Post a Comment

PROMOTIONS

RAHSIA SENSA OIL AYUZIP

Rahsia Sensaoil Ayuzip | Melayu Boleh
Rahsia Kebahagiaan Sebenar Suami Isteri Hanya Dengan Sensaoil & Ayuzip
 
Nama:
Email:
 

FEEDJIT Live Traffic Feed